Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungĀ­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
get logiklogic gateLitar yang melakukan operasi logik. Litar logik mempunyai satu atau lebih input dan satu output. Get-get asas ialah get ATAU, get DAN, get TAK, serta gabungan get-get asas seperti get TAK ATAU dan get TAK DAN.Menengah Atas
tak tertelapimpermeablePerihal tidak boleh ditelusi oleh jirim.Menengah Rendah
tak tolerans laktosalactose intoleranceKetidakupayaan seseorang untuk menghidrolisis laktosa kerana kekurangan enzim laktase.Menengah Atas
tak terlarut campurimmiscibleKeadaan dua cecair atau lebih yang tidak dapat bercampur untuk membentuk bahan homogen. Contohnya, air dan minyak.Menengah Atas
tumbuhan tak berbunganon-flowering plantTumbuhan yang tidak menghasilkan bunga atau biji. Tumbuhan ini biasanya mengeluarkan spora. Contohnya, pokok paku pakis. Lihat RajahMenengah Rendah
tumbuhan tak berbunganon-flowering plantTumbuhan yang tidak menghasilkan bunga. Contohnya, pokok puding. Lihat RajahSekolah Rendah
variasi tak selanjardiscontinuous variationVariasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga.Menengah Atas
sendi tak bergerakimmovable jointSendi yang terbentuk apabila dua tulang bertemu ada bahagian yang jarang berlakunya pergerakan. Contohnya, sendi pada tengkorak manusia. Lihat RajahMenengah Atas
sebatian tak tepuunsaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4.Menengah Atas
sebatian tak organikinorganic compoundSebatian yang berasal dari bahan bukan hidup.Menengah Atas
123

Kembali ke atas