tanah paya | wetland | Tanah rendah yang biasanya dilitupi oleh air dari tasik, sungai atau laut yang berhampiran dengannya. | Menengah Atas |
air tanah | groundwater | Air yang terdapat di bawah permukaan tanah atau di bawah tanah dalam zon tepu air. | Menengah Rendah |
tanah liat | clay | Tanah yang kebanyakan zarahnya mempunyai diameter kurang daripada 0.002 mm. Tanah jenis ini terdiri daripada aluminium dan silika serta tidak telap air, biasanya digunakan untuk membuat tembikar dan batu bata. | Menengah Rendah |
tanah liat | clay | Tanah yang berwarna kelabu dan lembut, melekit apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan. Tanah ini biasanya digunakan untuk membuat tembikar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tanah runtuh | landslide | Penggelongsoran turun tanah, batuan, atau campuran kedua-duanya dari tempat tinggi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tanah gambut | peat soil | Tanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput dan banyak mengandungi karbon. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
batang bawah tanah | underground stem | Batang yang tumbuh di bawah permukaan tanah. Contohnya, ubi kentang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hakisan tanah | soil erosion | Proses pemecahan ketulan-ketulan tanah pada permukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hakisan | erosion | Lihat hakisan tanah. | Sekolah Rendah |
penyahgaraman | desalination | Proses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu. | Menengah Rendah |