depa | arm span | Ukuran dari hujung jari tangan hingga ke hujung jari tangan yang satu lagi dalam keadaan tangan direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kanta tangan | hand lens | Kanta pegangan tangan yang digunakan untuk melihat sesuatu objek yang kecil. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gerudi tangan | hand drill | Alat pegangan tangan yang digunakan untuk menebuk lubang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
petua genggaman tangan kanan | right hand grip rule | Panduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
jengkal | span | Ukuran panjang di antara hujung ibu jari tangan dengan hujung jari yang lain yang direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kidal | left-handed | Manusia yang biasanya lebih selesa menggunakan tangan kirinya untuk melakukan sebarang aktiviti. | Menengah Atas |
lengan | arm | Bahagian anggota badan manusia dari bahu hingga ke pergelangan tangan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
artritis reumatoid | rheumatoid arthritis | Penyakit radang pada sendi tulang seperti pergelangan tangan dan kaki. | Menengah Atas |
mata kasar | naked eye | Pandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan. | Sekolah Rendah |
beri-beri | beri-beri | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B. Ciri-ciri penyakit ini ialah lemah otot dan menggigil pada jari tangan serta kaki. | Menengah Rendah |