Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekanan;


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tekanan atmosferaatmospheric pressureTekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan alat barometer atau barograf. Perubahan tekanan atmosfera memberikan petunjuk tentang perubahan cuaca.Menengah Rendah
tekanan segahturgor pressureTekanan yang terbentuk di dalam sel tumbuhan akibat tekanan hidrostatik kandungan vakuol yang menekan dinding sel tumbuhan yang berkenaan.Menengah Atas
takat didihboiling pointSuhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C.Menengah Rendah
tekanan atmosferaatmospheric pressureTekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan barometer.Menengah Atas
hukum tekananpressure lawHukum yang menyatakan bahawa tekanan gas berkadar terus dengan suhu pada jisim dan isi padu yang tetap, iaitu tekanan berkadar terus dengan suhu mutlak.Menengah Atas
tekanan osmosisosmotic pressureTekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh sesuatu larutan di dalam ruang yang terpisah oleh membran separa telap, disebabkan oleh perbezaan kepekatan bahan terlarut. Lebih tinggi tekanan osmosis sesuatu larutan, lebih banyak air bergerak ke dalamnya.Menengah Atas
tekanan akarroot pressureTekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan.Menengah Atas
sifonsiphonTiub berbentuk seperti huruf U terbalik yang digunakan untuk memindahkan cecair dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Lihat RajahMenengah Rendah
tekananpressureDaya per unit luas yang bertindak secara serenjang dengan permukaan.Menengah Atas
tekananpressureDaya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas