Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tanah gambutpeat soilTanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput dan banyak mengandungi karbon. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
alat piawaistandard toolAlat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
kod warna antarabangsainternational colour codeKod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
sumber tenaga tidak boleh diperbaharuinon-renewable energy sourceSumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
kulatfungusTumbuh-tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil. Kulat tumbuh pada tumbuh-tumbuhan lain atau pada objek yang telah reput. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas