Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ngah] | تڠه

Definisi : 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr, separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~ dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara (masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5. (anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah namanya; 6. sedang (melakukan se-suatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap; ~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang; ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun kete­rangan yg boleh dibawa ~; (boleh) dibawa ~ a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat menye­suaikan diri; mengetengahi menjadi perantara dlm per-se­lisihan dll, mendamaikan (orang yg berban-tah, bertengkar, dll), mencampuri (perbualan orang dll); mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, menge­mukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otak-nya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; ~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~ mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~ tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 35–40 tahun; setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (di­selesai­kan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka; menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya); pegawai ~ pegawai yg pangkat­nya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga); menengahi mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku); pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm per­selisihan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ngah] | تڠه

Definisi : 1 bahagian di antara hujung dgn pangkal; tempat atau titik yg letaknya di antara dua tepi dsb: Dia berdiri di ~ padang. 2 sedang membuat atau sedang melakukan sesuatu: Dia datang ketika saya ~ makan. 3 anak dll antara yg bongsu dgn yg sulung: Anaknya yg ~ sedang menuntut di England. ~ hari waktu lebih kurang pukul dua belas siang (hingga sebelum pukul dua siang). ~ malam waktu lebih kurang pukul dua belas malam (hingga sebelum pukul satu pagi). menengah 1 menuju atau menghala ke tengah; pergi ke tengah. 2 yg di tengah-tengah; tidak besar (tinggi) dan tidak kecil (rendah); sedang: sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara sekolah rendah dgn sekolah tinggi. pertengahan 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). setengah seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. setengah-setengah 1 beberapa; sebilangan drpdnya: ~ rumah orang Dayak Laut itu sangat panjang, ada yg lebih drpd dua ratus ela panjangnya. 2 tidak dikerjakan dgn sempurna; kepalang tanggung: Kalau bekerja, hendaklah betul-betul, jangan ~. sesetengah setengah-setengah. di tengah (berada) di bahagian tengah. ke tengah (menuju, menghala dsb) ke bahagian tengah. boleh di bawa ~ a. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan. mengetengahkan 1 membawa ke tengah: ~ bot. 2 membawa ke penge­tahuan orang, pihak berkuasa dsb; mengemukakan; mengutarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(157)
Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang,
     pelanduk mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

 

Lihat selanjutnya...(62)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
teras mataharicore of the sunBahagian yang berada di tengah-tengah matahari yang menjadi tempat pembakaran gas hidrogen.Menengah Rendah
anak matapupilBahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat RajahMenengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat RajahSekolah Rendah
medulamedulla1. Bahagian tengah atau empulur batang tumbuhan. 2. Bahagian tengah sesuatu organ atau tisu. Contohnya, bahagian tengah ginjal, dan sumsum tulang.Menengah Atas
medulamedullaBahagian tengah sesuatu organ atau tisu seperti pada ginjal dan sumsum tulang. Pada tumbuhan, medula merupakan bahagian tengah atau empulur batang. Lihat RajahMenengah Rendah
membran timpanumtympanic membraneMembran keras yang menutupi bukaan luar telinga tengah. Membran yang terdiri daripada tisu gentian kolagen ini berfungsi menghantar getaran ke telinga tengah. Membran ini dikenali juga sebagai gegendang telinga.Menengah Rendah
mantelmantleLapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. Lihat RajahMenengah Rendah
empulurpithBahagian tengah batang tumbuhan, yang berbentuk silinder, lazimnya lembut, dan biasanya terdiri daripada tisu parenkima. Bahagian yang dikelilingi oleh tisu vaskular ini berfungsi sebagai penyimpan makanan. Lihat RajahMenengah Atas
abdomenabdomen1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan.Menengah Rendah
osikelossiclesStruktur yang terdiri daripada tiga tulang terkecil dalam ruang telinga tengah dan berfungsi untuk memindahkan getaran bunyi ke bahagian telinga dalam. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas