Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
anak matapupilBahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
medulamedulla1. Bahagian tengah atau empulur batang tumbuhan. 2. Bahagian tengah sesuatu organ atau tisu. Contohnya, bahagian tengah ginjal, dan sumsum tulang.Menengah Atas
abdomenabdomen1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan.Menengah Rendah
medulamedullaBahagian tengah sesuatu organ atau tisu seperti pada ginjal dan sumsum tulang. Pada tumbuhan, medula merupakan bahagian tengah atau empulur batang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
nukleusnucleus1. Struktur berbentuk bujur atau sfera yang terdapat pada kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan.2. Bahagian tengah atom yang terdiri daripada proton dan neutron.Menengah Rendah
mantelmantleLapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
empulurpithBahagian tengah batang tumbuhan, yang berbentuk silinder, lazimnya lembut, dan biasanya terdiri daripada tisu parenkima. Bahagian yang dikelilingi oleh tisu vaskular ini berfungsi sebagai penyimpan makanan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
osikelossiclesStruktur yang terdiri daripada tiga tulang terkecil dalam ruang telinga tengah dan berfungsi untuk memindahkan getaran bunyi ke bahagian telinga dalam. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
bulatancircleBentuk satah yang dilingkungi oleh garis yang berterusan dan mempunyai jarak yang sama dari titik tengah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas