Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.ri] | تيوري

Definisi : (téori) 1. pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu per-kara dll: banyak ~ dikemukakan menge­nai kehidupan pd masa prasejarah; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: ~ ekonomi; 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yg biasanya berlaku): pd ~nya raja yg memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya; ~ atom (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina drpd atom; ~ domino teori sains politik yg beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan ke­mung­kinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis; ~ ion (Kim) teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis; berteori membentuk atau mengemukakan teori: sekarang ini terlalu ramai yg suka ~ dan bercakap; berteorikan berdasarkan sesuatu sbg teori; menteori membentuk suatu teori: Fish gagal ~ konvensi pembacaannya; penteorian proses menghasilkan sesuatu teori. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téo.ri] | تيوري

Definisi : /téori/ 1 andaian yg dpt dihuraikan utk menerangkan sesuatu perkara: ~ linguistik; ~ ekonomi. 2 prinsip yg terbukti kebenarannya dan dijadikan sbg dasar perkembangan sesuatu ilmu: ~ graviti; ~ kinetik. ~ atom ist teori yg menyatakan bahawa semua jirim terbentuk drpd atom dan semua atom dlm sesuatu unsur adalah serupa. ~ ion ist teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami perceraian elektrolisis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peraturan, hukum, andaian, pendapat, prinsip, hipotesis, idea, sintesis.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
teoritheoryKumpulan konsep dan prinsip yang diterima umum untuk dijadikan panduan dan asas dalam menjalankan sesuatu penyelidikan.Menengah Rendah
Teori Letupan BesarBig Bang TheoryTeori yang mengandaikan bahawa semua jirim dan sinaran dalam alam berpunca daripada suatu letupan besar pada suatu ketika dahulu.Menengah Rendah
hipotesishypothesisTeori atau andaian sementara yang diterima pakai untuk menerangkan fakta-fakta tertentu.Menengah Rendah
hipotesishypothesisTeori tentatif atau andaian sementara yang diterima pakai untuk menerangkan fakta-fakta tertentu.Menengah Atas

Kembali ke atas