terapung | float | Sifat sesuatu objek yang tidak tenggelam atau berada di permukaan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
plankton | plankton | Organisma halus yang terapung-apung di dalam air dan menjadi sumber makanan yang penting kepada organisma akuatik yang lebih besar seperti ikan paus. | Menengah Rendah |
meteoroid | meteoroid | Serpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
jerebu | haze | Kabut bercampur debu yang terapung-apung di udara sehingga menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
zooplankton | zooplankton | Haiwan akuatik yang hidup terapung di dalam air. Kebanyakannya menjadi sumber makanan kepada haiwan lain. | Menengah Atas |
kiambang | water lettuce | Tumbuhan yang hidup secara terapung pada permukaan air. Tumbuhan ini banyak ditemui di dalam kolam atau tasik air tawar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pengapungan | float | Proses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sifat keapungan | buoyancy property | Sifat atau ciri yang membolehkan sesuatu bahan atau objek terapung atau tenggelam. Contohnya, sampan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ais | ice | Air dalam keadaan pepejal yang terbentuk pada takat beku air, iaitu 0°C. Ais dapat terapung di atas air kerana ketumpatannya kurang daripada ketumpatan air. | Menengah Rendah |
daya apung | buoyant force | Daya tolakan ke atas yang membolehkan sesuatu jasad yang terendam di dalam bendalir dapat terapung. | Menengah Rendah |