kekisi | lattice | Susunan teratur tiga dimensi zarah-zarah, iaitu molekul atom atau ion, dalam sesuatu hablur. Contohnya, dalam hablur natrium klorida, ion-ion natrium dan klorida disusun untuk membentuk kekisi kiub. | Menengah Atas |
organisma | organism | Sesuatu hidupan yang mempunyai struktur yang teratur dan menjalani proses kehidupan seperti menghasilkan keturunan, berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Contohnya, haiwan dan tumbuhan. | Menengah Rendah |
pepejal | solid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu. | Menengah Rendah |
pertumbuhan semula | regeneration | 1. Penggantian atau pembentukan semula bahagian organisma yang terpotong. 2. Pertumbuhan yang teratur. Contohnya, kultur tisu. | Menengah Atas |
susunan zarah | arrangement of particles | Kedudukan atom atau molekul dalam sesuatu jirim. Susunan zarah dalam pepejal lebih teratur, rapat dan berada dalam pola yang tetap, berbanding cecair dan gas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hablur | crystal | Bahan pepejal yang mempunyai bentuk yang kukuh disebabkan atom atau molekulnya tersusun mengikut pola tertentu secara teratur. Contohnya, hablur sulfur monoklinik dan hablur kuprum sulfat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |