Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar

Puisi
 

Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mudah terbakarflammableSifat bahan yang mudah terbakar dan meletup apabila terdedah kepada sumber api atau haba. Lihat RajahSekolah Rendah
biogasbiogasGas mudah terbakar yang terhasil daripada penapaian najis haiwan melalui respirasi anaerob bakteria. Biogas digunakan sebagai sumber tenaga. Contohnya, metana.Menengah Rendah
meteoritmeteoriteMeteor yang tidak terbakar dan jatuh ke atas tanah membentuk kawah. Kandungannya ialah 90 peratus batu dan bakinya mengandungi nikel dan besi. Lihat RajahSekolah Rendah
heliumheliumGas yang tidak mudah terbakar, sangat ringan dan tidak reaktif dari segi kimia. Helium diperoleh daripada pencairan gas asli dan digunakan untuk mengisi belon udara.Menengah Rendah
alkoholalcoholSebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contoh alkohol ialah metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan asas bagi penyediaan sebatian organik lain.Menengah Rendah
alkoholalcoholSebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contohnya, metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan organik lain. Formulanya, CnH2n +1OH.Menengah Atas
arangcharcoalBahan hitam yang biasanya terhasil daripada kayu yang terbakar, yang digunakan sebagai bahan api. Bahan ini tergolong dalam kumpulan karbon amorfus.Menengah Rendah
benzenabenzeneSebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6.Menengah Atas
sulfur dioksidasulphur dioxideGas yang tidak berwarna, beracun dan terhasil apabila sulfur terbakar dalam udara. Formula SO2.Menengah Rendah
bitumenbitumenBahan berasaskan petroleum yang berbentuk pepejal atau cecair likat, berwarna gelap, sukar terbakar dan larut di dalam karbon disulfida. Bitumen digunakan sebagai bahan penurap jalan atau bumbung.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas