galaksi | galaxy | Himpunan berbilion-bilion bintang, planet, debu dan gas di dalam semesta. Galaksi terdapat dalam bentuk pilin, elips atau tidak seragam. Sistem suria terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
skrotum | scrotum | Kantung yang terdapat di bahagian luar badan yang berfungsi untuk melindungi testis. | Menengah Rendah |
vitamin | vitamin | Zat yang terdapat dalam bahan makanan dan sangat penting untuk tubuh. Contohnya, vitamin A, B dan E. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ventrikel | ventricle | Ruang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri. | Menengah Atas |
dendrit | dendrite | Struktur yang terdapat pada neuron yang menerima impuls saraf dan menghantarnya kepada badan sel. Lihat Rajah | Menengah Atas |
apendiks | appendix | Unjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Pada herbivor seperti arnab, apendiks merupakan tempat tinggal mikroorganisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa. | Menengah Atas |
zakar | penis | Organ senggama yang terdapat pada haiwan jantan dan individu lelaki. | Menengah Rendah |
protein | protein | Sebatian organik yang terdapat dalam organisma hidup yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen, nitrogen serta sulfur. Protein berfungsi sebagai enzim, hormon, membaiki tisu badan yang rosak dan pertumbuhan. | Menengah Rendah |
platelet | platelet | Serpihan sel yang terdapat dalam darah yang berfungsi membantu pembekuan darah. Sel ini tidak mempunyai nukleus dan diperoleh daripada sumsum tulang. | Menengah Rendah |
neutron | neutron | Zarah subatom yang terdapat dalam nukleus atom dan tidak mempunyai cas. | Menengah Rendah |