Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.di] | ترجادي

Definisi : (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; terjadi ~ Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.di] | ترجادي

Definisi : sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Burung lekung berbunyi malam,
     Bunyi di atas bumbung penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Suratan kita dah terjadi dahulu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bronkitisbronchitisRadang yang terjadi pada salur bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan mikroorganisma.Menengah Rendah
anemiaanaemiaPenyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan.Menengah Rendah
wapvapourGas yang terjadi daripada cecair yang dipanaskan.Sekolah Rendah
hujan meteormeteor showerFenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam. Lihat RajahSekolah Rendah
pembiakan aseksasexual reproductionPembiakan yang tidak melibatkan penyatuan dua gamet. Pembiakan ini terjadi melalui proses pembelahan dedua, pembentukan spora dan pertunasan.Menengah Rendah
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu.Menengah Atas
kilatlightningNyahcas elektrik dalam bentuk percikan cahaya yang terang di antara dua awan yang bercas atau di antara awan yang bercas dengan bumi. Contohnya, kilat terjadi apabila awan membina cas negatif yang besar pada bahagian bawahnya.Menengah Rendah

Kembali ke atas