Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ketakseimbangan hormonhormonal imbalanceKeadaan apabila terdapat terlalu sedikit atau terlalu banyak hormon tertentu dalam badan seseorang.Menengah Atas
lohong hitamblack holeObjek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya.Menengah Rendah
hemofiliahaemophiliaPenyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku.Menengah Atas

Kembali ke atas