sel Daniell | Daniell cell | Sel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. Lihat Rajah | Menengah Atas |
usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
pankreas | pancreas | Kelenjar yang terletak di antara limpa dengan duodenum di bawah perut. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin, serta hormon seperti insulin dan glukagon. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ruas | internode | Bahagian yang terletak di antara dua nod atau sendi. | Menengah Atas |
mesoderma | mesoderm | Lapisan yang terletak di antara ektoderma dan endoderma gastrula yang berkembang menjadi bahagian seperti otot dan organ pembiakan. | Menengah Atas |
perut | stomach | Organ pencernaan yang terletak di antara esofagus dengan usus. Perut berfungsi mencerna makanan dan menyimpan makanan buat sementara waktu sebelum dihantar ke usus kecil. | Menengah Rendah |
mantel | mantle | Lapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hidung | nose | Struktur berongga yang terletak di sebelah atas mulut dan digunakan untuk menghidu dan bernafas. | Menengah Rendah |
geraham kecil | premolar | Gigi yang terletak di antara gigi taring dengan gigi geraham besar. | Menengah Rendah |
buruj | constellation | Sekumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya menyerupai bentuk-bentuk tertentu di cakerawala. Contohnya, buruj Biduk, buruj Belantik dan buruj Pari. Lihat Rajah | Menengah Rendah |