daun | leaf | Bahagian tumbuhan yang terlibat dalam proses fotosintesis kerana ia mengandungi klorofil. | Menengah Rendah |
sistem pembiakan | reproductive system | Sistem yang terlibat dalam proses pembiakan yang terdiri daripada organ seperti ovari, testis, uterus, faraj dan zakar. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
protein pembawa | carrier protein | Protein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
bahan tindak balas | reactant | Bahan yang terlibat di dalam tindak balas kimia. | Menengah Atas |
asid absisik | abscisic acid | Asid dalam hormon tumbuhan yang terlibat dalam pematangan biji benih. | Menengah Atas |
adenosina difosfat | adenosine diphosphate | Sebatian kimia yang bertenaga rendah yang terlibat dalam proses penyimpanan dan pemindahan tenaga di dalam sel. ADP bergabung dengan fosfat membentuk ATP. | Menengah Atas |
sel pembiakan | reproductive cell | Sel yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina yang terlibat dalam proses persenyawaan. | Menengah Rendah |
sindrom Turner | Turner syndrome | Sindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XO. Individu yang terlibat berfenotip perempuan, tetapi lazimnya mandul. | Menengah Atas |
sindrom Klinefelter | Klinefelter syndrome | Sindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XXY. Individu yang terlibat berfenotip lelaki, tetapi mempunyai ciri keperempuanan serta mandul. | Menengah Atas |
elektron valens | valence electron | Elektron yang terletak pada petala paling luar sesuatu atom, dan terlibat dalam pembentukan ikatan kimia apabila atom membentuk sebatian. | Menengah Atas |