termometer klinik | clinical thermometer | Termometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
termometer | thermometer | Alat yang biasanya diperbuat daripada kaca dan mempunyai merkuri di dalamnya untuk menyukat suhu. | Menengah Rendah |
termometer | thermometer | Alat untuk menyukat suhu. | Sekolah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan sesuatu jasad. Suhu diukur dengan menggunakan termometer. | Menengah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan atau objek dan boleh disukat menggunakan termometer atau dapat dirasai melalui sentuhan. | Sekolah Rendah |
raksa | mercury | Logam yang berwarna perak keputihan dan berada dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Raksa terdapat dalam termometer. | Sekolah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu jasad, contohnya, skala celsius, kelvin atau fahrenheit. Suhu diukur dengan menggunakan termometer. | Menengah Atas |