Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut 1


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pembungkusan vakumvacuum packingProses mengawet bahan makanan dengan cara memasukkan makanan tersebut ke dalam beg atau botol kedap udara dan seterusnya mengeluarkan udara daripada bekas tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
tangki balastballast tankRuang khas pada badan kapal selam tempat air dipam masuk untuk menenggelamkan kapal tersebut, dan air ini boleh dipam keluar untuk menimbulkan kapal tersebut di permukaan laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
vektorvector1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud.Menengah Atas
fulkrumfulcrumKedudukan tetap dalam sistem tuas bagi menyokong keseluruhan struktur alat tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
teleskoptelescopePeranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
sumber tenaga tidak boleh diperbaharuinon-renewable energy sourceSumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
gambar rajah litarcircuit diagramGambar rajah yang menggunakan simbol untuk mewakili semua komponen dalam litar dan bagaimana komponen tersebut bersambung antara satu dengan yang lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
meteormeteorSerpihan meteoroid yang jatuh memasuki atmosfera bumi. Meteor yang jatuh bergeser dengan gas-gas di atmosfera. Meteor tersebut akan terbakar dan menghasilkan garis cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
akar banirbuttress rootAkar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
kamera lubang jarumpin hole cameraKamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas