melentur | bend | Mudah dilengkungkan tetapi tidak mudah patah. | Sekolah Rendah |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |
nikotina | nicotine | Sebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan. | Menengah Rendah |
koala | koala | Sejenis haiwan dalam kumpulan herbivor yang menyerupai beruang tetapi saiznya lebih kecil, dan terdapat di benua Australia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
isomer | isomers | Sebatian organik yang mempunyai formula molekul yang sama, tetapi formula struktur yang berlainan. | Menengah Atas |
zink | zinc | Unsur logam yang boleh larut dalam asid dan alkali tetapi tidak larut dalam air yang mempunyai takat lebur 419°C serta bertakat didih 907°C. Zink digunakan untuk membuat aloi, elektrod sel kering dan bahagian kenderaan. | Menengah Rendah |
isotop | isotope | Atom suatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza. | Menengah Atas |
mikroorganisma | microorganism | Organisma seni yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Contohnya, bakteria dan virus. | Menengah Rendah |
angin | wind | Udara yang bergerak dengan halaju tertentu yang boleh dirasai melalui deria kulit tetapi tidak boleh dilihat. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Bahan yang mempunyai jisim, isi padu yang tetap dan tidak mempunyai bentuk tetap tetapi mengikut bentuk bekasnya. Contohnya, air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |