resesif | recessive | Sifat yang dipamerkan apabila tiada alel dominan bersama. | Menengah Atas |
kemarau | drought | Keadaan kering kontang dan tidak berair kerana tiada hujan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tumbuhan herba | herbaceous plant | Tumbuhan yang mempunyai kayu yang sangat sedikit atau tiada langsung. | Menengah Rendah |
keabadian momentum linear | conservation of linear momentum | Jumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran sesuatu objek adalah sama, dengan syarat tiada daya luar bertindak pada objek tersebut. | Menengah Atas |
prinsip keabadian momentum | principle of conservation of momentum | Prinsip yang menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran dengan andaian tiada daya luar dikenakan seperti daya geseran. | Menengah Atas |
lohong hitam | black hole | Objek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya. | Menengah Rendah |