Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pegunstationaryPerihal sesuatu yang tidak bergerak atau kaku.Sekolah Rendah
kuadratquadratRangka berbentuk segi empat yang biasa dibuat daripada logam atau kayu tertentu yang digunakan untuk mengkaji populasi organisma yang tidak bergerak.Menengah Atas
sel keringdry cellSel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat RajahMenengah Atas
benda bukan hidupnon-living thingBenda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel.Sekolah Rendah
anginwindUdara yang bergerak dengan halaju tertentu yang boleh dirasai melalui deria kulit tetapi tidak boleh dilihat.Menengah Rendah
cecairliquidJirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas.Menengah Atas
pergerakan BrownBrownian movementPergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair.Menengah Rendah

Kembali ke atas