sumber tenaga tidak boleh diperbaharui | non-renewable energy source | Sumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cendawan | mushroom | Tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berakar dan membiak melalui spora. Sesetengah cendawan tidak boleh dimakan kerana beracun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ralat rawak | random error | Ralat yang berlaku semasa pengukuran sesuatu, yang tidak boleh diramal dan menyebabkan nilai yang diperoleh tidak tekal apabila pengukuran diulang. | Menengah Atas |
tak tertelap | impermeable | Perihal tidak boleh ditelusi oleh jirim. | Menengah Rendah |
pengguna | consumer | Organisma yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri. Organisma ini terdiri daripada kumpulan haiwan karnivor, herbivor, omnivor, parasit, atau pengurai. | Sekolah Rendah |
imej maya | virtual image | Imej yang tidak boleh terbentuk di atas skrin. | Menengah Atas |
kalis air | non-absorbent | Sifat bahan yang tidak boleh menyerap cecair. Contohnya, kaca dan getah. | Sekolah Rendah |
kuantiti asas | base quantity | Kuantiti fizikal yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik yang lain. | Menengah Atas |
atom | atom | Zarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
pemusnahan | destruction | Proses merosakkan sesuatu seperti hutan sehingga tidak boleh digunakan. | Sekolah Rendah |