tindak balas berbalik | reversible reaction | Proses penukaran hasil tindak balas kepada bahan tindak balas semula. | Menengah Atas |
tindak balas biokimia | biochemical reaction | Tindak balas yang melibatkan bahan kimia, yang mencetuskan sesuatu tindak balas ke atas organisma hidup. | Menengah Atas |
haba tindak balas | heat of reaction | Haba yang dibebaskan atau diserap apabila tindak balas kimia lengkap berlaku di antara bahan tindak balas. Contohnya, haba pemendakan, haba penyesaran, haba pembakaran dan haba peneutralan. | Menengah Atas |
tindak balas redoks | redox reaction | Tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak. | Menengah Atas |
tindak balas penukargantian | substitution reaction | Tindak balas kimia dengan satu atau lebih atom dalam molekul sebatian organik digantikan oleh satu atau lebih atom yang lain. | Menengah Atas |
tindak balas penambahan | addition reaction | Tindak balas kimia dengan satu molekul ditambah pada dua atom karbon ganda dua. | Menengah Atas |
tindak balas anabolik | anabolic reaction | Tindak balas kimia yang berkaitan dengan penyatuan molekul yang lebih kecil untuk membentuk molekul yang lebih besar. | Menengah Atas |
kadar tindak balas seketika | momentary reaction rate | Kadar tindak balas pada satu-satu masa atau ketika tertentu. | Menengah Atas |
bahan tindak balas | reactant | Bahan yang terlibat di dalam tindak balas kimia. | Menengah Atas |
kadar tindak balas | rate of reaction | Perubahan kuantiti bahan atau hasil tindak balas per unit masa. | Menengah Atas |