Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.da.kan]/[tin.da/.kan] | تيندقن

Definisi : 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebak­nya rusuhan; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.da.kan]/[tin.da/.kan] | تيندقن

Definisi : 1 usaha yg dijalankan atau yg dilakukan: mengambil ~ melakukan sesuatu utk mencegah atau mengatasi sesuatu; ber­buat sesuatu; bertindak. 2 apa-apa yg dilakukan; perbuatan. . ~ tatatertib tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar per­aturan tatatertib perkhidmatan, organi­sasi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,

Peribahasa

Telah jauh maka dipanggil.

Bermaksud :

Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah busuk maka dipeda).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tindakan refleksreflex actionGerak balas spontan sistem saraf terhadap rangsangan.Menengah Atas
tindakan kapilaricapillary actionPergerakan bendalir melalui satu tiub halus akibat daya lekitan dan daya lekatan.Menengah Atas
tindakan terkawalvoluntary actionTindakan yang dikawal oleh kehendak individu. Contohnya menulis, memukul dan menari.Menengah Atas
kawalancontrolTindakan yang diambil untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan.Menengah Rendah
geseranfrictionTindakan yang berlaku apabila dua permukaan bergeselan.Sekolah Rendah
tindak balasreactionTindakan yang diakibatkan oleh suatu rangsangan. Contohnya, pokok semalu menguncup apabila disentuh.Sekolah Rendah
gerak balasresponseTindakan atau gerakan yang terhasil akibat sesuatu rangsangan.Sekolah Rendah
gerak balasresponseTindakan yang dilakukan oleh organisma hidup setelah menerima sesuatu rangsangan.Menengah Atas
sentakan lututknee jerkTindakan refleks yang terhasil apabila lutut diketuk secara ringan dengan menggunakan tukul.Menengah Atas
rangsanganstimulusSesuatu yang mencetuskan tindakan dan menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi.Sekolah Rendah
123

Kembali ke atas