tiub Geiger-Muller | Geiger-Muller tube | Tiub yang terdiri daripada kebuk logam yang berbentuk silinder, berisi gas pada tekanan rendah, pada paksinya terdapat dawai halus yang bertindak sebagai anod. Tiub ini digunakan sebagai pembilang sinaran. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
tiub J | J-tube | Tiub bersenggat berbentuk J yang digunakan untuk menentukan peratus karbon dioksida dan oksigen dalam air. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
tiub venturi | venturi tube | Tiub yang mengandungi cecair yang boleh berubah arasnya dan mempunyai bahagian sempit yang berfungsi untuk mengukur kadar aliran cecair bersesuaian dengan prinsip Bernoulli. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
sifon | siphon | Tiub berbentuk seperti huruf U terbalik yang digunakan untuk memindahkan cecair dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ligasi | ligation | Kaedah mencegah kehamilan dengan cara memotong dan mengikat tiub Fallopio. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mikropil | micropyle | Liang pada bahagian hujung ovul yang membolehkan tiub debunga masuk. Liang ini dapat dilihat pada kulit biji benih yang matang. Liang ini membenarkan udara dan wap air masuk. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
periskop | periscope | Alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |