[tua.la] | توالا
Definisi : 1. = ~ makan kain kecil utk membersihkan tangan (mulut) selepas makan dll, serbet; 2. = ~ mandi sj kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk; ~ wanita sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas; bertuala 1. mempunyai atau ada tuala; 2. memakai tuala: ketika itu dia hanya ~ mandi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tua.la] | توالا
Definisi : kain yg dpt menyerap air (berbentuk empat segi dsb) yg digunakan utk mengelap badan dll: ~ mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)