tuas kelas pertama | first class lever | Tuas yang kedudukan titik fulkrumnya terletak di antara beban dengan daya. Contohnya, gunting, playar dan pengetip kuku. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tuas kelas ketiga | third class lever | Tuas yang kedudukan dayanya berada di antara fulkrum dengan beban. Contohnya, lengan manusia, joran dan pemegang ais. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tuas kelas kedua | second class lever | Tuas yang bebannya terletak di antara fulkrum dengan daya. Contohnya, kereta sorong dan pembuka tudung botol. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tuas | lever | Alat yang digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek. Tuas dikenali juga sebagai tuil. | Menengah Rendah |
tuas | lever | Alat yang diperbuat daripada papan atau bar dan diletakkan di atas fulkrum. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek. | Sekolah Rendah |
neraca tuas | lever balance | Alat yang digunakan untuk mengukur jisim objek yang akan diangkat menggunakan tuas. Alat ini dikenali juga sebagai dacing tuil. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
neraca tuas | lever balance | Alat yang digunakan untuk mengukur jisim objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pangsi | pivot | Titik tempat tuas disokong atau digerakkan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
fulkrum | fulcrum | Kedudukan tetap dalam sistem tuas bagi menyokong keseluruhan struktur alat tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
dacing tuil | lever balance | Lihat neraca tuas. | Sekolah Rendah |