ventral | ventral | 1. Sesuatu struktur tubuh haiwan yang terletak pada permukaan bawah atau depan. Pada haiwan yang berkaki dua seperti manusia, bahagian ventral merujuk pada permukaan depan tubuh, manakala pada tetrapod, bahagian ventral merujuk pada bahagian bawah tubuhnya. 2. Permukaan atas sesuatu struktur tumbuhan yang merujuk pada sesuatu paksi. | Menengah Atas |
pentermokawalaturan | thermoregulation | Mekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh. | Menengah Atas |
renjatan | electrocution | Kesan pada tubuh manusia apabila terkena arus elektrik yang tinggi dan boleh membawa maut. | Sekolah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
rangka apendaj | appendicular skeleton | Rangka pada tubuh manusia yang merangkumi lengkungan, pektoral anggota hadapan, lengkungan pelvis dan anggota belakang. | Menengah Atas |
vitamin | vitamin | Bahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K. | Menengah Rendah |
uretra | urethra | Salur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki. | Menengah Rendah |
bulu tebal | thick fur | Bulu yang tebal dan melitupi tubuh atau badan sesetengah haiwan. Contohnya, bulu yang melitupi badan orang utan dan beruang kutub. | Sekolah Rendah |
pengingesan | ingestion | Pengambilan bahan pejal, seperti makanan, ke dalam tubuh. | Menengah Atas |
arteri | artery | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat Rajah | Menengah Rendah |