rembesan tubul | tubular secretion | Rembesan ion serta bahan buangan lain yang digerakkan atau dipindahkan ke dalam tubul berlingkar distal. | Menengah Atas |
gelung Henle | loop of Henle | Bahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
hormon antidiuresis | antidiuretic hormone | Hormon yang dirembeskan oleh lobus posterior pituitari. Ia mempunyai kesan khusus terhadap sel epitelium tubul distal ginjal, iaitu merangsang sel epitelium untuk menyerap semula air dari lumen tubul tersebut. | Menengah Atas |