Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lang.u.lang] | اولڠ٢

Definisi : sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulang-ulang

Puisi
 

Kalau jeruju bandar Siam,
     Siang-sianglah kok padi;
Kalau beralih tempat diam,
     Ulang-ulang mandi kini.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
motor arus ulang-alik (motor a.u)alternating current motor (a.c. motor)Motor elektrik yang digerakkan oleh arus ulang-alik. Motor arus ulang-alik yang ringkas terdiri daripada gegelung pegun dawai, magnet dan sumber bekalan kuasa.Menengah Rendah
motor arus ulang-alikalternating current motorMotor elektrik yang digerakkan oleh arus ulang-alik.Menengah Atas
penjana arus ulang-alikalternating current generatorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada arus ulang-alik.Menengah Atas
arus ulang-alikalternating currentArus elektrik yang arah pengalirannya berubah dalam kadar tertentu. Arus ulang-alik terhasil melalui aruhan elektromagnet.Menengah Atas
arus ulang-alik (a.u)alternating current (a.c.)Arus elektrik yang arah pengalirannya berubah beberapa kali dalam sesaat.Menengah Rendah
getaranvibrationPergerakan zarah ulang-alik secara berkala dari titik keseimbangan. Contohnya, tala bunyi.Menengah Rendah
getaranvibrationPerubahan gerakan ulang-alik yang berterusan dari satu titik rujukan. Contohnya, ayunan bandul dan tala bunyi.Menengah Atas
rektifikasirectificationProses menukarkan arus ulang-alik menjadi arus terus.Menengah Atas
alternatoralternatorAlat yang menjana arus ulang-alik. Contohnya, dinamo.Menengah Rendah
transformertransformerAlat yang mengubah voltan arus ulang-alik naik atau turun. Transformer terdiri daripada teras besi yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas