gas lengai | inert gas | Gas yang umumnya tidak reaktif, sangat stabil dari segi kimia dan terdiri daripada satu atom. Contohnya, helium dan neon. | Menengah Rendah |
burung | bird | Haiwan yang berbulu pelepah, berparuh, berkaki dua, berkepak, bertelur dan umumnya boleh terbang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
homoioterma | homoiotherm | Haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia. | Menengah Rendah |
silinder penyukat bersenggat | graduated measuring cylinder | Alat makmal yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair. Silinder ini umumnya lebih tepat ukurannya berbanding kelalang makmal dan bikar. Walau bagaimanapun, ukurannya kurang tepat berbanding kelalang volumetrik atau pipet volumetrik. | Menengah Atas |
gas nadir | inert gas | Gas dalam kumpulan 18 jadual berkala, iaitu helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon yang umumnya tidak reaktif dan sangat stabil dari segi kimia. Gas nadir juga dikenali sebagai gas adi atau gas lengai. | Menengah Atas |