organisma unisel | unicellular organism | Organisma yang terdiri daripada hanya satu sel. Contohnya, ameba dan paramesium. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
organisma unisel | unicellular organism | Organisma yang terdiri daripada satu sel. | Menengah Atas |
yis | yeast | Organisma unisel dalam kumpulan kulat, menghasilkan enzim yang menukarkan glukosa kepada alkohol dan karbon dioksida semasa fermentasi. Yis membiak secara pertunasan. Yis dikenali juga sebagai ragi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
yis | yeast | Organisma unisel yang termasuk dalam kumpulan kulat, menghasilkan enzim yang menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. Yis membiak secara penunasan dan dikenali juga sebagai ragi. Lihat Rajah | Menengah Atas |
paramesium | paramecium | Sejenis hidupan akuatik unisel yang berbentuk bujur. Organisma ini biasanya memakan bakteria. Nama saintifik Paramecium sp. | Menengah Rendah |
alga | algae | Kumpulan organisma autotrof, yang bersifat unisel atau multisel. Contohnya, Spirogyra, Chlamydomonas, dan Euglena. Lihat Rajah | Menengah Atas |
bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan. | Menengah Atas |
bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria ialah organisma unisel, mempunyai dinding sel dan boleh hidup sebagai parasit atau saprofit. | Menengah Rendah |
pembelahan dedua | binary fission | Pembiakan aseks yang berlaku secara pembahagian sel induk yang matang, untuk membentuk dua sel anak. Setiap anak sel itu akan membesar menjadi induk. Kebanyakan organisma unisel, seperti ameba, membiak secara pembelahan dedua. | Menengah Atas |