unit jisim atom (u.j.a) | atomic mass unit (a.m.u) | Unit yang digunakan untuk menyatakan jisim sesuatu atom, yang bersamaan dengan 1⁄12 jisim atom karbon-12. | Menengah Atas |
ketumpatan | density | 1. Jisim per unit isi padu sesuatu bahan. 2. Keamatan penggunaan tanah yang dikira berdasarkan bilangan orang bagi setiap unit keluasan. | Menengah Atas |
joule | joule | Unit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori. | Menengah Rendah |
kilowatt-jam | kilowatt-hour | Unit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam. | Menengah Atas |
kilowatt-jam | kilowatt-hour | Unit tenaga elektrik yang bersamaan dengan penggunaan kuasa 1000 watt dalam masa 1 jam. Singkatannya, kWj. | Menengah Rendah |
komponen | component | 1. Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan sesuatu. Contohnya, komponen komputer terdiri daripada papan kekunci, skrin dan unit pemprosesan pusat. 2. Bahan atau zat yang membentuk sesuatu. Contohnya, nitrogen ialah komponen penting bagi protein | Sekolah Rendah |
fluks magnet | magnetic flux | 1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
liter | litre | Unit isi padu cecair yang bersamaan dengan 1000 mililiter. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
jirim | matter | Unsur fizikal yang mempunyai bentuk tertentu dan memenuhi ruang. Jirim wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jumlah jirim bagi sesuatu bahan boleh disukat dari segi jisimnya dalam unit kg. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |