Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[unju.ran] | اونجورن

Definisi : 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[unju.ran] | اونجورن

Definisi : 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[unju.ran] | اونجورن

Definisi : tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unjuran


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
vilusvillusUnjuran halus pada lapisan dalam usus kecil yang berfungsi menambah luas permukaan bagi penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
mikrovilusmicrovillusUnjuran daripada sel epitelium pada vilus.Menengah Atas
apendiksappendixUnjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Pada herbivor seperti arnab, apendiks merupakan tempat tinggal mikroorganisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa.Menengah Atas
aksonaxonUnjuran sitoplasma yang panjang pada neuron yang memindahkan impuls dari badan sel ke neuron yang lain. Lihat RajahMenengah Atas
apendiksappendixBahagian unjuran yang terdapat pada bahagian pertama usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen manusia. Lihat RajahMenengah Rendah
pertunasanbuddingProses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk.Menengah Rendah

Kembali ke atas