bateri alkali | alkaline battery | Sel utama yang menggunakan elektrolit beralkali, biasanya kalium hidroksida, yang membekalkan beza keupayaan 1. 5V. | Menengah Atas |
aorta | aorta | Salur darah utama dari ventrikel kiri jantung dalam sistem peredaran darah mamalia. Aorta bercabang membentuk arteri-arteri yang mengalirkan darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kelenjar pituitari | pituitary gland | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
otak | brain | Organ di bahagian dalam kepala yang mengawal pemikiran. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar tunjang | tap root | Akar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
akar adventitius | adventitious root | Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuhan, selain akar utama, iaitu dari keratan batang atau daun. Contohnya, akar yang tumbuh pada buku di bahagian bawah batang, seperti pada tebu, atau pada daun setawar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
cermin cekung | concave mirror | Cermin yang mempunyai pemantul yang bentuknya melengkung ke dalam di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar menumpu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
cermin cembung | convex mirror | Cermin yang mempunyai permukaan pemantul yang bentuknya melengkung ke luar di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar mencapah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |