uterus | uterus | Tempat embrio atau fetus berkembang dalam organ pembiakan wanita. | Menengah Rendah |
uterus | uterus | Tempat embrio atau fetus berkembang. | Menengah Atas |
faraj | vagina | Saluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita. | Menengah Rendah |
haid | menstruation | Peluluhan lapisan dinding uterus yang menyebabkan darah mengalir melalui faraj secara berkala. | Menengah Rendah |
penempelan | implantation | Pelekatan embrio endometrium uterus. | Menengah Atas |
haid | menstruation | Keluluhan pelapik dalam dinding uterus atau endometrium yang disertai dengan pendarahan. Keadaan ini berlaku pada perempuan yang sudah baligh. | Menengah Atas |
serviks | cervix | Salur pada bahagian paling bawah uterus yang menguncup ke bukaan faraj. | Menengah Rendah |
penempelan | implantation | Proses pelekatan ovum tersenyawa pada dinding uterus di peringkat awal kehamilan. | Menengah Rendah |
plasenta | placenta | Struktur yang menghubungkan ibu dengan fetus dalam uterus. Dalam plasenta, salur darah fetus berada berhampiran dengan salur darah ibu dan ini membolehkan fetus mendapatkan nutrien dan oksigen serta menyingkirkan bahan kumuh melalui salur darah ibu. | Menengah Rendah |
tiub Fallopio | Fallopian tube | Salur yang berfungsi untuk membawa ovum dari ovari ke uterus. Salur ini merupakan tempat persenyawaan sperma dan ovum. Tiub Fallopio dikenali juga sebagai oviduktus. | Menengah Rendah |