Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vé.na] | ۏينا

Definisi : (véna) (Bio) salur darah yg membawa darah (terutamanya darah yg rendah kandungan oksigennya) dr pelbagai tisu dan organ badan ke jantung; ~ kava satu drpd dua vena yg membawa darah (yg rendah kandungan oksigennya) ke jantung; ~ portal vena yg menghubungkan dua rangkai­an salur kapilari (terutama dlm hati); ~ pulmonari vena yg membawa darah (yg kaya dgn oksigen) dr paru-paru ke jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vé.na] | ۏينا

Definisi : /véna/ ist salur darah yg membawa darah dr pelbagai tisu dan organ badan ke jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vena


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
vena kavavena cavaSalur darah yang mengalirkan semua darah dari seluruh badan ke atrium kanan jantung.Menengah Rendah
venaveinSalur darah yang membawa darah terdeoksigen dari pelbagai tisu dan organ badan ke jantung.Menengah Rendah
vena daunleaf veinsTisu vaskular daun yang terletak di dalam lapisan span mesofil.Menengah Atas
venaveinsSaluran yang membawa darah ke jantung.Menengah Atas
buasirhaemorrhoidsKeadaan apabila rangkaian vena di dubur mengembang akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum.Menengah Atas
atriumatriumRuang pada jantung yang menerima darah dari vena masuk ke ventrikel. Lihat RajahMenengah Atas
kapilaricapillarySalur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan.Menengah Rendah
atriumatriumDua ruang yang terdapat dalam jantung manusia yang menerima darah dari vena. Pengecutan atrium menyebabkan darah tertolak ke dalam ventrikel. Dinding atrium lebih nipis dan saiznya lebih kecil berbanding ventrikel. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas