Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vén.tri.kel] | ۏينتريکل

Definisi : (véntrikel) (Bio) rongga kecil spt yg terdapat pd otak dan di bahagian bawah jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vén.tri.kel] | ۏينتريکل

Definisi : /véntrikel/ ist rongga yg terdapat pd otak dan jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ventrikel


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sistolesystoleFasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan.Menengah Atas
ventrikelventricleRuang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri.Menengah Atas
atriumatriumDua ruang yang terdapat dalam jantung manusia yang menerima darah dari vena. Pengecutan atrium menyebabkan darah tertolak ke dalam ventrikel. Dinding atrium lebih nipis dan saiznya lebih kecil berbanding ventrikel. Lihat RajahMenengah Rendah
degupan jantungheartbeatRentak pengecutan otot ventrikel kiri jantung yang dapat dirasai oleh arteri.Menengah Rendah
aortaaortaSalur darah utama dari ventrikel kiri jantung dalam sistem peredaran darah mamalia. Aorta bercabang membentuk arteri-arteri yang mengalirkan darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru. Lihat RajahMenengah Rendah
arteri pulmonaripulmonary arteryArteri yang menghubungkan ventrikel kanan jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah ternyahoksigen ke paru-paru.Menengah Atas
atriumatriumRuang pada jantung yang menerima darah dari vena masuk ke ventrikel. Lihat RajahMenengah Atas
diastolediastoleFasa atau tempoh rehat otot jantung. Sewaktu fasa ini, atrium dan ventrikel diisi dengan darah.Menengah Atas
nodus atrioventrikelAV nodeGentian otot kardiak yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel jantung.Menengah Atas
injap bikuspidbicuspid valveInjap yang terdiri daripada dua kelopak bermembran yang terletak antara atrium dengan ventrikel kiri jantung burung dan mamalia.Menengah Atas
12

Kembali ke atas