pencegah hamil | contraception | Alat untuk menghalang wanita daripada hamil yang berupa pil, suntikan atau alat khas. | Menengah Rendah |
kehamilan | pregnancy | Perihal perkembangan fetus (janin) dalam rahim wanita. Kehamilan biasanya berlaku kira-kira 38 minggu. | Menengah Rendah |
estrogen | estrogen | Sekumpulan hormon yang mengawal perkembangan seksual wanita. | Menengah Atas |
menopaus | menopause | Keadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas. | Menengah Atas |
uterus | uterus | Tempat embrio atau fetus berkembang dalam organ pembiakan wanita. | Menengah Rendah |
faraj | vagina | Saluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita. | Menengah Rendah |
pil pencegah hamil | contraceptive pill | Pil yang diambil secara oral oleh wanita untuk menghalang kehamilan. | Menengah Rendah |
menopaus | menopause | Peringkat terhentinya haid secara semula jadi yang berlaku pada wanita pada peringkat umur antara 45 hingga 55 tahun. | Menengah Rendah |
kitaran haid | menstrual cycle | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari. | Menengah Rendah |
kitaran haid | menstrual cycle | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu. | Menengah Atas |