[wa.sap] | واسڤ
Definisi : wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap, biasanya beracun dan kuat baunya; mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes; pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan tumbuhan itu; pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[wa.sap] | واسڤ
Definisi : asap, wap atau gas yg kuat baunya. berwasap mengeluarkan wasap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)