pekat | concentrated | Perihal bahan yang likat, yang mengandungi zat terlarut yang tinggi. | Menengah Rendah |
mikroskop digital | digital microscope | Mikroskop yang mengandungi kamera digital yang sangat kecil, yang dihubungkan ke komputer. Imej objek akan dilihat melalui kanta mata dan dipaparkan melalui monitor komputer. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
arang | charcoal | Bahan hitam yang biasanya terhasil daripada kayu yang terbakar, yang digunakan sebagai bahan api. Bahan ini tergolong dalam kumpulan karbon amorfus. | Menengah Rendah |
komuniti | community | Kumpulan tumbuhan dan haiwan yang berlainan spesies yang tinggal dalam habitat yang sama dan hidup saling bergantung antara satu sama lain. | Menengah Rendah |
makanan seimbang | balanced diet | Makanan yang mempunyai semua zat seperti protein, karbohidrat, lemak, air dan vitamin yang cukup, yang diperlukan oleh badan. | Sekolah Rendah |
litar pintas | short circuit | Sambungan rintangan rendah yang melintasi sumber voltan. Litar ini menghasilkan aliran arus yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Menengah Rendah |
bronkus | bronchus | Salur udara yang besar, yang merupakan cabang dari trakea. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
stigma | stigma | Bahagian hujung pistil yang melekit, yang menerima debunga. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
esofagus | oesophagus | Bahagian salur makanan yang berotot, yang terletak di antara farinks dengan perut. Esofagus berfungsi menolak makanan ke dalam perut secara peristalsis. | Menengah Rendah |
bendasing | impurity | Bahan dalam jumlah yang kecil, yang hadir dalam sesuatu bahan lain. | Menengah Rendah |