zigot | zygote | Sel yang terbentuk hasil daripada persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
persenyawaan | fertilization | Proses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu. | Menengah Rendah |
pembiakan seks | sexual reproduction | Pembiakan yang melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot. | Menengah Rendah |
kembar seiras | identical twins | Kembar yang terbentuk melalui persenyawaan satu ovum oleh satu sperma untuk membentuk zigot yang seterusnya menjalani proses mitosis yang lengkap. | Menengah Atas |
gamet | gamete | Sel pembiakan yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina. Percantuman antara kedua-dua gamet menghasilkan zigot. | Menengah Rendah |
persenyawaan ganda dua | double fertilization | Proses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid. | Menengah Atas |
persenyawaan in vitro (IVF) | in vitro fertilization (IVF) | Kaedah pembiakan dengan mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan dengan sperma dalam prosedur makmal. Zigot atau embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam uterus wanita. | Menengah Rendah |