kira-kira tolak | cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jumlah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolak | ; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jumlah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda campur | tanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpas | 1 binasa sama sekali; punah. 2 kalah atau tewas dlm perlawanan sukan (bola sepak, badminton dsb). menumpaskan 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm perlawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. ketumpasan 1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuju I | 1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau melemparkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan masyarakat Malaysia. menujukan 1 membawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; mencocokkan. persetujuan 1 pernyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencaras | 1 mengambil kepunyaan orang lain dengan cara yang tidak sah atau tidak beretika
2 menggugat atau merampas kedudukan atau populariti seseorang atau sesuatu
3 memotong rambut, pokok dan lain-lain | Kamus DBP versi dalam Talian |
tentang | 1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. bertentangan 1 saling berhadap; berhadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); berlawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan berlawanan; memperlagakan; mempertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; perlawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul berhadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumpaskan | 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm perlawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menurunkan | 1 membawa turun ke bawah; merendahkan. 2 mengeluarkan dr kenderaan. 3 menjadikan rendah (ttg pangkat, harga dll). 4 meninggalkan atau memindahkan sesuatu kpd anak (cucu dll). 5 menyampaikan ilham, wahyu dll kpd: Allah telah ~ Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 6 menyebabkan hilang warnanya (ttg kain dsb); melunturkan. 7 memilih atau menentukan pemain dlm sesuatu perlawanan: Mereka ~ pemain utama dlm perlawanan itu. 8 menjadikan turun (ttg ribut, hujan dsb): Allah ~ ribut taufan yg dahsyat pd zaman Nabi Noh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sep | bahasa percakapan saling melagakan tapak tangan secara fizikal atau saling berbalas emotikon tertentu sebagai tanda meraikan persamaan, kemenangan dan sebagainya | Kamus DBP versi dalam Talian |