harta bersama | = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karun | orang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg terpendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat keuntungan besar dgn tidak bekerja susah-susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suarang | Mn harta yg diperoleh oleh suami isteri selama dlm perkahwinan, milik bersama (syarikat dll); ~ diagih, sekutu dibelah prb jika dua orang suami isteri bersetuju bercerai harta pencarian bersama dibagi dua dan harta pembawaan dipulangkan kpd kaum masingmasing; bersuarang NS bermesyuarat antara pihak lelaki dan pihak perempuan utk bercerai dan membahagi harta pencarian bersama; menyuarangkan bersama-sama mencari harta, menjadikan milik bersama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karun | orang yg kaya pd zaman Nabi Musa dan kerana sifat angkuhnya, dia terbenam ke dlm tanah bersama-sama hartanya: harta ~ harta yg terpendam di dlm tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harta | barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sungguh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuarangkan | bersama-sama mencari harta, menjadikan milik bersama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karun | orang yg kaya pd zaman Nabi Musa dan kerana sifat angkuhnya, dia terbenam ke dlm tanah bersama-sama hartanya:harta ~ harta yg terpendam di dlm tanah. | Kamus Pelajar |
harta suarang | harta yg diperoleh suami isteri bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersama | 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perun-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersuarang | NS bermesyuarat antara pihak lelaki dan pihak perempuan utk bercerai dan membahagi harta pencarian bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |