mereplikakan | membuat sesuatu objek, spt bangunan, jentera dlm bentuk replika: Kerja ~ bangunan itu memerlukan daya kreatif pembuatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
replika | /réplika/ model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ menara itu diberikan sbg buah tangan kpd para pengunjung. mereplikakan membuat sesuatu objek, spt bangunan, jentera dlm bentuk replika: Kerja ~ bangunan itu memerlukan daya kreatif pembuatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senggara | ; menyenggara membuat kerja-kerja supaya (sesuatu) berada dlm keadaan baik: ~ adalah penting bagi memastikan kenderaan berada dlm keadaan baik. menyenggarakan melakukan kerja-kerja pembaikan atau mengekalkan keadaan baik (mesin, bangunan dsb). tersenggara dpt atau sudah disenggarakan. penyenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu: ~ bangunan. penyenggara orang yg menyenggara atau menyenggarakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyenggarakan | melakukan kerja-kerja pembaikan atau mengekalkan keadaan baik (mesin, bangunan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pejabat urus setia | pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus setia | 1. = pejabat ~ pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; berurus setia mempunyai urus setia (sekretariat); keurusetiaan (segala hal) yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti dsb urus setia: utk mem-bincangkan dan menyelaraskan hal-hal yg berkaitan dgn ~ sidang MABBIM yg akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pejabat | 1 tempat mengurus sesuatu pekerjaan: ~ peguam. 2 bangunan sesuatu jabatan kerajaan berserta para pegawai dan tugas-tugasnya: ~ Tanah dan Galian. ~ elektronik ist pejabat yg melaksanakan kerja-kerja atau urusan pejabat dgn menggunakan pelbagai teknologi komputer. berpejabat mempunyai pejabat: Syarikatnya ~ di Kelang. sepejabat bekerja di pejabat yg sama; sama pejabat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jurutera | orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal terbang; ~ kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembaikpulihan | perihal (perbuatan, proses, kerja dsb) membaik pulih: ~ bangunan yg dianggap bersejarah itu sedang giat dijalankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retak | 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (perselisihan dll) yg boleh menimbulkan perpecahan (perceraian dll), sudah tidak semuafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retaknya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |