Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Peribahasa

Sayangkan titik,
     tak sayangkan tumpah.

Bermaksud :

Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(28)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(64)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
akan tetapikata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelowongankeadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-­pengarang baru yg berbakti.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkaum-kaumberpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelana I1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung); berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; perkelanaan perihal (perbuatan dsb) ber­kelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini?Kamus Dewan Edisi Keempat
menyabarkan1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
walakinAr 1. meskipun, walaupun, sungguh­pun: kehendak yg suci itu diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan tetapi, namun (demikian).Kamus Dewan Edisi Keempat
lowongtidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang, kosong; melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb), meluangkan; lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu; kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-­pengarang baru yg berbakti.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyorot1. memancar (cahaya, sinar), ber­cahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ ke­luar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti meman­dang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada baha­giannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu;Kamus Dewan Edisi Keempat
sabar1. betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu; kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata.Kamus Dewan Edisi Keempat
lupa I1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling menge­cewakan ialah kemewahan yg telah diusaha­kannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat ke­rugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong­menolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagai­mana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas