penyudah | yg akhir sekali, penutup (perĀcakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigi bongsu | gigi yg akhir sekali tumbuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gigi muda | gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigi bongsu | gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geraham bongsu | geraham yg tumbuh akhir sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keladak perut | a) najis (tahi) yg akhir sekali keluar dr orang yg akan meninggal; b) ki anak yg penghabisan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penurunan | 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, lwn pendakian: akhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu padang yg luas terbentang; 2. perihal menuruni atau menurunkan (dlm berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dr kapal dll); 3. perihal merendahkan (harga, nilai, dll), pengurangan, penyusutan: ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan ekonomi British yg sedang merosot; 4. (Kim) proses mengeluarkan oksigen drpd sebatian atau memasukkan hidrogen ke dlm sebatian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kitar pemprosesan data(data processing cycle) | Kitar kerja yang bermula dengan kemasukan data, pemprosesan, dan akhir sekali pengeluaran data. | Kamus Komputer |
terkemudian | selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keladak | hampas (kotoran dll) yg mendap ke bawah air; ~ minyak (kopi dll) hampas minyak (kopi dll) yg mendap ke bawah; ~ perut a) najis (tahi) yg akhir sekali keluar dr orang yg akan meninggal; b) ki anak yg penghabisan; berkeladak mengandungi keladak, kotor kerana keladak: air kapur dlm balang itu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |