berludah | mengeluarkan (membuang) ludah: ~ di merata-rata tempat dpt merebakkan penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berludah | membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ludah | , = air ~ air yg keluar dr dlm mulut; air liur: ~ sirih ludah yg berwarna merah kerana makan sirih. berludah mengeluarkan (membuang) ludah: ~ di merata-rata tempat dpt merebakkan penyakit. meludahi berludah pd; mengenakan ludah pd: ~ lantai. meludahkan 1 menyemburkan ludah. 2 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut: Dia ~ darah yg keluar dr gusinya yg luka itu. peludahan bekas tempat berludah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meludahi | berludah pd; mengenakan ludah pd: ~ lantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meludahi | meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ mukaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peludahan | bekas tempat berludah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempolong | sj ketur tempat berludah, peludahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketur I | tempat ludah: berludah ke dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkahak | mengeluarkan kahak; berdahak: Ia berludah dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkahak | mengeluarkan kahak; berdahak:Ia berludah dan ~. | Kamus Pelajar |