Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didefinisikan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mentakrifkanmemberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata baha­wa novel itu tidak didefinisikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
takrifhuraian yg ringkas dan tepat (tentang sesuatu spt makna perkataan dll), penjelasan (bkn sesuatu), penentuan, pernyataan (yg menerangkan), definisi: dgn ~ ini, dapat kita faham akan perasingan undang-undang dgn moral dan ilmu siasah; mentakrif memberi atau membuat takrif (definisi); mentakrifkan memberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata baha­wa novel itu tidak didefinisikan; pentakrifan perihal (perbuatan, cara, dsb) mentakrifkan (sesuatu): ~ harus dimulai dgn penerangan yg umum ke penerangan yg khusus; pentakrif orang yg memberikan takrif tentang sesuatu kata, istilah, dsb (apabila menyusun sesebuah kamus dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
arus1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara ber­­asingan drpd kedudukannya dlm ~ pen­­ce­ri­taan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ per­ubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (peng­hidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota; ~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg mem­bawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ per­dana pembangunan; berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupa­nya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas