Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikelar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tutkaedah pembiakan yg merangsang percambahan akar pd ranting yg dikelar dan dibebat dgn tanah: jambu ~; rambutan ~. ~ lentur cara menghasilkan tut dgn melenturkan dahan atau ba­tang ke tanah dan bahagian yg dikelar di­tim­­bus. mengetut mengelar dan membebat ranting dgn tanah agar akar bercambah utk dijadikan benih. pengetutan per­buatan (hal, proses dsb) mengetut. pengetut orang yg mengetut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkelardikelar, ditakik-takik, ditetak atau dihiris (tidak sampai putus): leher mayat itu kelihatan ~ selaku leher ayam yg disembelih.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengelarmembuat kelar; menghiris tetapi tidak dalam; menetak atau menakik tidak sampai putus: Ikan itu dikelar-kelar sebelum dibubuhi garam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengelarmenakik-nakik, menggaris-garis (agak dalam), menetak atau menghiris (tidak sampai putus): ikan itu dikelar-kelar sebelum digarami;Kamus Dewan Edisi Keempat
tut lenturcara menghasilkan tut dgn melenturkan dahan atau ba­tang ke tanah dan bahagian yg dikelar di­tim­­bus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengelarmembuat kelar; mengiris tetapi tidak dalam; menetak atau menakik tidak sampai putus: Ikan itu dikelar-kelar sebelum dibubuhi garam.Kamus Pelajar
kelar I1. bekas atau tanda hirisan (takik, te­takan) yg tidak dalam (spt pd ikan, batang pokok, dll), jalur atau garis luka pd badan (akibat pukulan yg kuat dgn rotan dll); 2. lekuk-lekuk atau gelang-gelang (pd saluran nafas, tubuh lipan, dll); 3. lingkaran (drpd rotan dll); berkelar bergaris agak dalam (tanda hirisan pisau, bekas pukulan yg kuat dgn rotan); berkelar-kelar 1. berkelar pd beberapa tempat (tanda hirisan, tetakan, dsb); 2. berge­lang-gelang, bersekat-sekat (bkn tanduk, badan lipan, dll); mengelar menakik-nakik, menggaris-garis (agak dalam), menetak atau menghiris (tidak sampai putus): ikan itu dikelar-kelar sebelum digarami; terkelar dikelar, ditakik-takik, ditetak atau dihiris (tidak sampai putus): leher mayat itu kelihatan ~ selaku leher ayam yg disembelih.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelar1 bekas hirisan yg tidak dalam (pd ikan, batang pokok dll); jalur atau garis-garis pd badan bekas kena pukul dgn rotan dll. 2 gelang-gelang pd saluran nafas (tubuh lipan dll). berkelar ada kelarnya; bergaris yg tidak dalam; bergelang. berkelar-kelar bergelang-gelang (spt badan lipan dll); bergaris-garis. mengelar membuat kelar; menghiris tetapi tidak dalam; menetak atau menakik tidak sampai putus: Ikan itu dikelar-kelar sebelum dibubuhi garam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelar1. bekas irisan yg tidak dalam (pd ikan, batang pokok dll); jalur atau garis-garis pd badan bekas kena pukul dgn rotan dll. 2. gelang-gelang pd saluran nafas (tubuh lipan dll). berkelar ada kelarnya; bergaris yg tidak dalam; bergelang. berkelar-kelar bergelang-gelang (spt badan lipan dll); bergaris-garis. mengelar membuat kelar; mengiris tetapi tidak dalam; menetak atau menakik tidak sampai putus: Ikan itu dikelar-kelar sebelum dibubuhi garam.Kamus Pelajar

Kembali ke atas